Header Ads

Sweet! Emma Maembong dan Kamal Adli Tunggu Restu Kahwin Dari Ayah


Akhirnya hubungan cinta antara Emma Maembong dan Kamal Adli bakal berakhir dengan ikatan perkahwinan. Kedua pasangan ini nampaknya begitu serius untuk mendirikan rumah tangga  namun hubungan tersebut haruslah terlebih dahulu mendapat restu dari bapa Emma Maembong sendiri ataupun lebih mesra dipanggil Ayoh. 

�Saya adalah antara anak yang paling rapat dengan ayoh. Mungkin dia melihat saya belum bersedia untuk berkeluarga. Ini kerana di matanya, saya masih lagi anak kecil� 
�Kamal faham situasi itu� Dia bersedia menanti restu dari ayoh. Jika diberikan restu, esok juga saya akan berkahwin. Saya yakin, ayoh lebih mengetahui apa yang terbaik untuk anak perempuannya ini,�
gambar emma maembong

Emma Maembong dan Kamal Adli kelihatan serasi bersama dan ramai peminat mendoakan mereka cepat-cepat kahwin memandangkan tahun ini ramai selebriti popular menamatkan zaman bujang salah satunya 'Shaheizy Sam dan Syatilla Sah Bakal Kahwin 8 Februari'. Penulis mendoakan semoga ayah Emma Maembong akan cepat-cepat bagi restu dan dipermudahkan segala urusan dalam membina keluarga baru. Peminat pun tidak sabar-sabar menantikan berita gembira buat pasangan ini. 

No comments

Powered by Blogger.