#RAMADHAN~Stacy Teruja Namun Gementar Mulakan Puasa Sebagai Umat Islam
Penyanyi Stacy teruja namun dalam masa sama mengakui dia berasa gementar untuk menyambut ketibaan bulan Ramadan yang akan menjelang beberapa hari saja lagi.
Menurut Stacy atau nama Islamnya Ummu Shaikhah Stacy Anam, 26, ini merupakan Ramadan pertama kali buatnya meskipun tahun lalu dia pernah cuba berpuasa namun pada hari kedua dia diserang demam.
�Ini Ramadan yang pertama tetapi sebenarnya tahun lalu saya sudah cuba-cuba berpuasa.
Pada hari kedua saya demam.
Saya boleh tahan lapar tapi sekurang-kurangnya minum air.
Mungkin kerana saya selama ini tidak biasa berpuasa jadi mungkin badan saya terkejut.
�Jadi untuk kali ini saya teruja mahu sambut Ramadan tapi dalam masa sama rasa gementar pun ya.
Suami saya banyak memberi semangat dan dorongan,�katanya kepada pihak media baru-baru ini.
Stacy selamat berbernikah dengan penyani Akim atau nama sebenarnya Afiq Akim,25, pada 25 Febuari lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah.
Berkongsi mengenai perkembangan kehidupannya kini, kata Stacy, dia seronok menjalankan tanggungjawabnya dan masih belajar menguruskan hal tumah tangga.
Menjalani kehidupan sebagai suami isteri, akuinya, ada ketika mereka tidak terlepas daripada bertengkar namun pertengkaran itu tidak berpanjang.
�Sekarang ni hari-hari saya masak untuk suami.
Akim jenis, yang kalau dia mahu makan satu-satu juadah, dia suka minta saya masakkan menu yang sama setiap hari.
Misalnya, jika dia mahu makan nasi lemak, dalam seminggu tu lah nasi lemak. Sebab itu badan dia pun sudah mula naik.
Tapi sekarang dah turun sikit sebab saya sudah tidak masak nasi lemak,� tuturnya dalam nada bergurau.
�Tak dinafi, kadang-kadang kami ada juga bergaduh dan berselisih pendapat tetapi bezanya sejak berkahwin ni pergaduhan kami tidaklah berpanjangan. Kalau bertengkar, dalam seminit kami sudah berbaik semula.
Kami kini bertambah matang menangani sesutu perkara,� katanya.
Menyentuh pula tentang karier dia bersyukur kerana sejak mendirikan rumah tangga, rezekinya semakin murah.
�Syukur, rezeki kahwin. Masih menyanyi. Saya dan suami juga ada menerima banyak tawaran daripada pelbagai pihak yang mahu menggandingkan kami berdua sebagai duta tapi buat masa ini semuanya masih dalam peringkat perbincangan,� katanya.
Akim Berpuasa, Sambut 1 Syawal di Mekah
Sementara itu Akim pula berkata, dia bersyukur kerana Stacy menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan cukup baik.
Disamping mereka saling memupuk sikap saling bertolak ansur dan bersabar bagi menjaga keharmonian bahtera yang dibina.
�Saya kena jaga reputasi isteri saya� kalau saya gemuk, bermaksud isteri saya pandai jaga dan uruskan makan pakai saya dengan baik. Kalau badan saya kurus, itu beerti saya tengah sibuk dan fokus pada kerja saya.
�Bagi kami, kehidupan berkahwin ni paling penting saling menyokong antara satu sama lain, bertolak ansur dan banyak bersabar.
Dengan dia dan dengan cara itu kami dapat melahirkan lagi keharmonian rumah tangga,� katanya.
Dalam pada itu Akim memberitahu, pada pertengahan Ramadan nanti dia akan berangkat ke tanah suci bagi menunaikan umrah.
Dia akan berada di sana sehingga 1 Syawal.
�Pada pertengahan Ramadan ini, saya akan menunaikan umrah sehingga raya pertama.
Untuk kali ini biar lah saya pergi seorang dulu. InsyaAllah, ada rezeki kami akan pergi berdua pula nanti.
Lagipun biarlah Stacy benar-benar memahami dan mendalami agama Islam dengan lebih lagi,� katanya.

Post a Comment