#PLATFORM~Gegar Vaganza 3 Beri Peluang Azharina Azhar Kembali Gegar Persada Seni
Azharina Azhar
Biarpun teruja, Azharina yang lebih mesra disapa Nina bagaimanapun menganggapnya sebagai rezeki anak angkatnya, Rahmat Azaharin Aziz Mohamad Faizal.
�Awalnya, tujuan saya hadir sesi uji bakat GV3 hanya untuk bertemu rakan-rakan lama.
�Alhamdulillah, tidak sangka pula saya terpilih sebagai 12 peserta akhir.
�Ini bukan sahaja hadiah untuk diri sendiri, tetapi juga buat anak tersayang. Lagipun, saya dan dia suka muzik dan seni,� katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui, baru-baru ini.
Tambahan pula, pelantun lagu Elegi Sepi ini, pernah dimaki hamun peminatnya lantaran kurang aktif dalam dunia seni hampir 10 tahun lamanya.
�Ya, memang ada peminat memarahi saya di laman sosial. Sebabnya, ada kata saya seperti tidak lagi mahu menyanyi.
�Peminat juga bandingkan saya dengan segelintir artis yang kononnya tidak boleh menyanyi dengan baik.
�Saya masih ada dalam industri. Janganlah membandingkan saya, setiap penyanyi ada kekurangan dan kelebihan masing-masing,� katanya.
Tidak mudah melatah, selebriti berusia 31 tahun ini sebaliknya lebih selesa berdiam diri.
�Saya tahu, mereka (peminat) sebenarnya sayangkan saya.
�Mungkin kerana terlalu lama menunggu produk baharu, ada sanggup lepas geram dengan beri komen begitu.
�Saya pun sayangkan peminat. Jadi, saya hanya baca komen terbabit dan kadang kala tergelak sendirian,� katanya.
Sehubungan itu, demi memanfaatkan peluang, Nina berjanji membuat yang terbaik dalam GV3.
"Satu perkara yang saya bimbang ialah kesihatan kerana suara saya akan terganggu apabila kurang sihat," katanya.[SH]
Post a Comment