#18 April 2014 Tarikh Majlis Resepsi Perkahwinan Anak Yusof Haslam,Syamsul Dan Syafiq
Patimah dan suaminya, Yusof sedang melakukan persiapan untuk perkahwinan dua anak lelaki mereka.
Ibu kepada kedua-dua selebriti tersebut, Datin Patimah Ismail berkata, majlis resepsi berkenaan akan diadakan di Dewan Perdana Felda, dekat sini pada pukul 8 malam.
"Insya-Allah pihak kami akan mengadakan majlis resepsi itu serentak secara sederhana dengan kehadiran semua kaum keluarga, rakan-rakan dan teman media pada majlis sambut menantu.
"Selain itu, kami juga merancang untuk mengadakan satu majlis kecil di rumah atas permintaan anak-anak selepas acara di Dewan Felda," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Khamis.
Syamsul dan Puteri Sarah bakal disatukan pada 8 Mac ini.
Patimah berkata, majlis resepsi pihak perempuan akan diadakan pada sebelah malam hari yang sama di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam bertemakan Islamic Arabian Night.
"Syamsul sendiri yang berhajat untuk mengadakan majlis perkahwinan dengan tema tersebut kerana ingin memakai jubah pada hari bahagianya dan berharap semua perkara akan berjalan lancar," katanya.
Manakala Syafiq dan Aiesyah akan bernikah pada 5 April 2014.
"Saya kini sedang menguruskan permohonan pernikahan mereka di pejabat agama dan persiapan di pihak lelaki setakat ini berjalan lancar," katanya.
Pada 12 Januari lalu, Syamsul telah merisik Puteri Sarah dalam satu majlis yang diadakan di kediaman wanita itu di Sri Damansara, di sini. Manakala Syafiq mengikat tali pertunangan dengan Aiesyah pada 23 Disember 2012.[mStar]
Post a Comment