Header Ads

#IMEJ~Demi Cantik, Aznil Nawawi Berhabis RM4K Sebulan

PENGACARA no.1 Malaysia, Datuk Aznil Nawawi mendedahkan dia menghabiskan kira-kira RM4,000 setiap bulan untuk wajahnya bagi mendapatkan pelbagai rawatan kecantikan.

 Pada masa sama, Aznil menepis dakwaan dia pernah melakukan suntikan botoks pada wajahnya untuk tampil muda daripada usia sebenar.
�Orang kata saya pakai botoks pada wajah, tapi cuba tengok betul-betul wajah saya ada kedutan dan mempunyai reaksi.

Jika saya guna botoks, muka akan jadi tegang dan tidak boleh memberi reaksi sedih atau gembira.

 �Saya akui membuat beberapa rawatan wajah seperti dermatologi, oksigen dan mengambil vitamin yang boleh dikira berjumlah RM4,000 sebulan,� ujarnya kepada mStar Online.

 Dalam perkembangan lain, Aznil baru-baru ini melancarkan produk kosmetik Anell by Aznil Nawawi.

 Produk yang dijual serendah RM199 itu merupakan kerjasama Aznil bersama rakan kongsinya Aisyah Nik Jaafar. � MYNEWSHUB.CC

No comments

Powered by Blogger.