#TAHNIAH~Tahfiz Muda Aqil muncul juara Tahfiz Muda musim pertama
Dengan kemenangan ini, Aqil (gambar) berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM10,000 beserta sebuah trofi.
Pengumuman kejuaraan Aqil itu diumumkan oleh hos, Imam Muda Asyraf dalam saingan peringkat akhir yang menyaksikan Aqil berjaya menewaskan lima peserta lain.
Dengan kemenangan ini, Aqil berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM10,000 beserta sebuah trofi.
Turut diberitahu malam tadi ialah Aqil juga turut berjaya memenangi hadiah berupa pakej mengerjakan Umrah untuk dua orang hasil sumbangan penaja.
Dalam persaingan peringkat akhir ini, Aqil telah mengalunkan bacaan ayat Al-Quran dari surah Al-Insyiqaq dan berjaya memberi jawapan yang tepat kepada juri mengenai hukum tajwid.
Kedudukan naib juara pula dimenangi oleh Tahfiz Muda Fatimah, 12, yang membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM7,000 beserta trofi.
Fatimah atau nama sebenarnya Fatimah Azzahra Binti Bukhari telah mengalunkan bacaan dari Surah Al-Mutaffifin.
Tempat ketiga pula ialah Tahfiz Muda Syadril atau nama sebenarnya Muhammad Syadril Idham Bin Sable, 11, yang mengalunkan bacaan Surah Al-Infithar.
Dia memenangi wang tunai RM5,000 dan sebuah trofi.
Menariknya ketiga-tiga pemenang utama Tahfiz Muda ini berasal dari Perak.
Tempat keempat dimiliki oleh Tahfiz Muda Amir yang memenangi wang tunai RM3,000 beserta trofi.
Manakala tempat kelima dan keenam, masing-masing menjadi milik Tahfiz Muda Anas dan Tahfiz Muda Iman di mana kedua-dua mereka membawa pulang wang tunai RM1,000 beserta trofi.
Hadiah disampaikan oleh Pengurus Saluran Astro Oasis, Ustaz Ahmad Fuad Mat Ali.
Kesemua finalis ini telah diadili oleh PU Hafiz sebagai Hakim Hafazan, Ustaz Zamri sebagai Hakim Tajwid, Ustazah Sharifah Khasif sebagai Hakim Tarranum/Kreativiti dan Ustaz Don Daniyal selaku Mursyid dan juga hakim jemputan.
Penyanyi Mawi serta PU Rahmat muncul sebagai artis jemputan untuk membuat persembahan di awal rancangan.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
Sementara itu, Aqil berkata dia langsung tidak menyangka dirinya dapat bergelar juara.
Meskipun pada awalnya menyatakan keyakinan bahawa dia mampu menang, keyakinan itu tergugat selepas selesai mengalunkan bacaan ayat Al-Quran dari Surah Al-Insyiqaq.
Sebaliknya Aqil selepas itu merasakan bahawa Tahfiz Muda Syadril lebih layak bergelar juara selepas persembahan meyakinkan dari sahabatnya itu.
Aqil bagaimanapun melahirkan rasa gembiranya yang tak terhingga sebaik namanya diumum juara.
Menyentuh hasil kemenangannya, Aqil memberitahu yang dia akan menggunakan wang itu untuk membantu kedua ibu bapanya selain membawa orang tuanya mengerjakan Umrah.[Awani]
Post a Comment