#PANAS~Kes Tipu Hartanah, Adlin Aman Ramli Ditahan Polis?
INDUSTRI hiburan hari ini dikejutkan dengan berita seorang pelakon dan pelawak terkenal ditahan polis pada Khamis berikutan disyaki terlibat dengan kes penipuan hartanah membabitkan kerugian sebanyak RM485,000.
Berita itu turut disahkan Timbalan Pengarah Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslan Abdul Wahid.
Menurut Roslan, artis terbabit ditahan di kediamannya yang terletak di Cyberjaya, Selangor pada 2 petang semalam.
�Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut,� katanya.
Tambahnya, artis berkenaan kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga Ahad ini.
Sementara itu, menerusi mStar Online, pelakon veteran, Ruminah Sidek, 70, terkejut apabila dimaklumkan anaknya iaitu Adlin Aman Ramlie, 44, ditahan polis.
�Saya tak tahu (anak ditahan). Wartawan telefon baru saya tahu. Maaf saya nak solat dulu,� katanya.
Manakala, isteri Adlin, Emelda gagal dihubungi kerana tidak mengaktifkan telefon. � MYNEWSHUB.CC

Post a Comment