#PANAS~Rahsia Kahwin Lain Terbongkar, Adi Putra Batal Majlis Adilfitri Peminat
Inilah gambar yang tersebar mengaitkan perkahwinan terbaharu Adi Putra.
Majlis Aidifitri itu sepatutnya diadakan di Casa Ombak, Ampang dekat sini dibatalkan tanpa dinyatakan secara terperinci namun dia sekadar memaklumkan di Instagram miliknya tindakan itu kerana sebab-sebab tertentu.
�Assalammualaikum wmbt� Saya memohon maaf kepada semua hotlovers kerana perjumpaan raya dan ulang tahun hotlovers esok 17 Julai, harus dibatalkan atas sebab-sebab yang tertentu. Saya sekali lagi mohon kemaafan,� katanya dalam laman sosial itu.
Perjumpaan itu adalah bertujuan mengeratkan lagi hubungan Adi dengan peminatnya dan sebagai meraikan ulang tahun kelima penubuhan kelab tersebut.
Setiap orang dikenakan bayaran RM60 untuk menghadiri majlis berkenaan.
Terdahulu foto perkahwinan kedua Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 35, tersebar pada Sabtu.
Dia dipercayai berkahwin dengan seorang janda anak satu berusia 33 tahun yang merupakan pegawai beruniform sebuah agensi kerajaan.
Akhbar melaporkan, wanita berkenaan dipercayai rakan kongsi perniagaan bersama Adi yang dikenali sejak setahun lalu.
Adi pada Disember 2013 pernah menimbulkan kontroversi selepas dia dilaporkan mempunyai skandal dengan isteri orang dari Johor sehingga melibatkan laporan polis dan disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan. Namun pihak polis menutup kes berkenaan dan diklasifikasikan sebagai �no futher action� atau tiada tindakan lanjut.
Dalam pada itu perkahwinan kedua Adi ini dikatakan tidak diketahui oleh isterinya Aida Yusof, 41.
Rumah tangga Adi dengan Aida sebelum ini pernah berhadapan dengan masalah apabila Adi memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur terhadap Aida pada 11 Mei 2012 dan membatalkan hasrat itu kemudiannya.
Hasil perkahwinan Adi dan Aida sejak 14 April 2006, mereka tidak mendapat cahaya mata kerana Aida sering keguguran namun mereka mempunyai seorang anak angkat perempuan berusia empat tahun.[mStar]
Post a Comment