#GOSIP PANAS ~ Didekati Beberapa Lelaki, Fasha Sandha Selesa Hanya Berkawan
PELAKON Fasha Sandha, 32, mengakui masih belum mahu mencari pengganti selepas bercerai dengan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai pada 20 Januari lalu.
Fasha juga mengakui dia ada didekati oleh beberapa orang lelaki yang mahu mengenalinya dengan lebih rapat tetapi dia mahu menumpukan perhatian terhadap kerjaya dan anaknya.
�Bukan senang untuk mencari ganti dan buat masa ini saya hanya mahu fokus kepada anak-anak yang sedang membesar.
Itu yang paling penting bagi saya.
�Memang ada beberapa lelaki yang cuba rapat dengan saya, tetapi saya selesa untuk berkawan sahaja dan tidak mahu berfikir soal mencari ganti,� katanya kepada mStar Online.
Tambah Fasha, dia berasa gembira dan bersyukur kerana anak-anaknya, Putra Rayfal Ramli, 2, dan Putri Raysha Jemyma, 1, tidak menimbulkan banyak masalah dan tidak meragam jika dia berada diluar atas urusan kerja.

Post a Comment