#NASIHAT~ Nak Berpoligami� Dalami Ilmu Agama Dahulu � Salih Yaakob
SELAKU orang yang berpengalaman, pelawak dan penyampai radio popular Salih Yaakob menasihati kepada mana-mana lelaki yang mahu hidup berpoligami supaya mendalami ilmu agama terlebih dahulu.
Salih, 55, yang mempunyai tiga isteri berkata, hidup berpoligami tidak mudah seperti yang disangkakan ramai lelaki kerana ia memerlukan tanggungjawab yang besar.
Menurut Salih, walaupun berkemampuan dari segi wang ringgit, tapi belum memadai untuk menjanjikan kebahagian rumah tangga.
�Kehidupan saya lalui ini adalah ketentuan yang sudah ditentukan Allah SWT.
Begitu juga dengan pasangan lain yang melalui proses sama.
Cuma, saya nak berpesan agar dalami ilmu agama terlebih dahulu kalau mahu poligami.
�Jangan sekadar mempertaruhkan wang ringgit kerana itu belum mencukupi.
Lagi satu jangan berlandaskan nafsu semata-mata kerana nafsu hanyalah alat saja.
Bukan apa, hidup berpoligami ini tanggungjawabnya takkan berhenti.
�Banyak perkara perlu diambil kira terutama dalam mendidik isteri dan anak-anak.
Semua itu bukan mudah. Saya melalui lima kali perkahwinan, jadi banyak pengalaman sudah dilalui.
Dalam masa sama, setiap isteri mempunyai perangai masing-masing.
�Paling penting lengkapkan diri dengan ilmu agama dan bukannya dengan ilmu yang bukan-bukan,� katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu suami kepada penyanyi Adira iaitu Datuk Seri Adenan Abu ada mengeluarkan kenyataan mahu hidup berpoligami seperti Salih.
Awal tahun ini, nama Salih turut terpalit dengan kontroversi apabila berita penceraiannya dengan isteri kedua, Nor Raha Hamad tersebar sehingga mengejutkan ramai pihak.
Nor Raha juga telah pun mendirikan rumah tangga dengan lelaki lain. � MYNEWSHUB.CC

Post a Comment