#HIDAYAH~'Ayah tak berlakon sebab nak bimbing kami masuk syurga' -Anak Zul Yahya
Sedutan video antara Arissa dan Zul.- Foto Instagram Zul Yahya.
Menerusi perkongsian video di Instagram miliknya, anak perempuan Zul Yahya yang bernama Arissa berkata, ayahnya sudah tidak menjadi pelakon kerana hendak membimbing mereka sekeluarga ke syurga.
"Tadi kawan saya tanya kenapa ayah awak sudah berubah tak jadi pelakon lagi... lepas itu saya pun cakap sebab kita orang semua nak masuk syurga," ujar Arissa dalam video berkenaan.
Bagi menghuraikan apa yang diperkatakan Arissa itu, Zul Yahya berkata, "benar nak masuk syurga kena buat kebaikan untuk agama ALLAH, kena buat baik, kena jadi umat yang soleh dan taat kepada agama ALLAH, berubahlah untuk mendapat kebaikan di akhirat... nikmat-nikmat yang luar biasa, tiada nikmat yang sebaiknya daripada nikmat syurga ALLAH," katanya lagi menerusi perkongsian itu.
Ujar Zul Yahya lagi, sekiranya seseorang itu memilih untuk masuk syurga, maka perlulah mereka berubah ke arah yang baik.
"Nak dapat syurga kenalah berubah ke jalan ALLAH," katanya.
Video yang berdurasi kurang seminit itu ditonton oleh lebih 20,000 pelayar dan mendapat pelbagi komen positif daripada netizen alam maya.[SH]
Post a Comment