#Gagal Di MLM 2013, Wala Sudah Dapat Banyak Tawaran Lakonan
Kumpulan Wala. Dari kiri: Wan dan Lope
Salah seorang ahlinya, Wan atau nama sebenarnya Wan Mustapha bin Muntek, 31, berkata, ia merupakan satu petanda baik untuk memulakan karier di bidang komedi dalam industri seni tanah air.
"Sejak menang sebagai juara pertandingan Raja Lawak musim ketujuh pada tahun lalu, kami agak keliru sama ada ingin meneruskan impian sebagai pelawak atau terus bekerja sebagai anggota polis di Sabah.
"Kini, walaupun sudah tersingkir pada minggu kesembilan MLM 2013, kami sudah pun ada beberapa tawaran lakonan, dan ia stau permulaan yang baik dalam karier kami," katanya.
Tambah Wan, buat sementara waktu ini, dia bersama seorang lagi ahlinya, iaitu Walawd bin Parman (Lope), 29, mengambil pendekatan untuk cuti tanpa gaji dahulu sebelum memutuskan hala tuju karier masing-masing.
Sementara itu, Lope pula berkata, menerusi tawaran-tawaran yang sedia ada, dia bersama Wan juga ingin memastikan tidak akan melepaskan peluang ada ada dengan mengasah bakat sebagai pelawak sebaik mungkin.
Malah mereka juga sudah bersedia seandainya ada pihak produksi yang hanya berminat mengambil seorang sahaja di antara mereka dalam sesebuah kerja lakonan yang ditawarkan.
"Kami percaya pada rezeki masing-masing dan faham situasi penerbit sekiranya mereka ingin mengambil salah seorang daripada kami.
"Saya percaya rezeki setiap manusia sudah pun ditetapkan Tuhan, cuma caranya sahaja yang berbeza. Tetapi ini tidak bermakna kumpulan kami akan terbengkalai begitu sahaja," tegasnya.[mStar]
Post a Comment