#PANAS: Nina Iskandar mengamuk digosipkan bercinta anak Siti Nurhaliza
Belum pun sampai setahun berada dalam industri muzik Malaysia, pelakon jelita kelahiran Brunei, Nina Iskandar terpaksa berdepan kontroversi menyakitkan apabila beliau digosipkan dengan anak tiri Dato' Siti Nurhaliza.
Meskipun terkejut dengan cerita tersebut, Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar, 23 mengakui sudah mempersiapkan diri untuk berdepan keadaan seperti itu."
�Dulu saya hanya dikenali di Brunei dan kini mula dikenali di Malaysia. Namun baru hendak melangkah, saya dikaitkan dengan cerita gosip.
Ia menjadi bertambah panas apabila pemuda yang dikaitkan dengan saya adalah anak tiri penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza."
�Saya sudah menjangka perkara ini akan terjadi kerana pada malam pratonton filem Muka Surat Cinta (MSC), ada wartawan datang dan bertanya mengenai hubungan saya dengan Adib."
"Cuma ketika itu saya tidak tahu bila cerita itu akan disiarkan.
Saya tahu pun daripada ayah.
Dia menghubungi saya dan memberitahu gosip itu mula diperkatakan."
�Industri seni di Brunei sangat kecil. Saya tidak pernah ada gosip. Ini gosip pertama saya.
Memang terkejut tetapi sebagai artis, ini antara perjalanan yang perlu saya lalui.�
Terdahulu, desas-desus mengaitkan Nina dengan usahawan muda itu mula diperkatakan apabila Nina menghadiri sambutan hari lahir Siti Nurhaliza baru-baru ini dan duduk di sebelah Adib.
Mereka dilihat berbual mesra oleh wartawan.
Credit

Post a Comment