#HEBAT: Rosyam Nor Dan Rita Rudaini Makin Berusia Makin Menjadi
Tahun ini, si jejaka memasuki usia 47 tahun, manakala si wanitanya berusia 38 tahun. Tapi, mereka ini masih berbisa.
Aktor handalan, Datuk Rosyam Nor dan aktres, Rita Rudaini Mokhtar masih lagi diangkat sebagai hero dan heroin dalam layar perak mahupun lakonan TV.
Nyata, usia bukan ukuran. Apa yang lebih penting, kredibiliti, disiplin kerja dan populariti sebagai pelakon hingga meletakkan Rosyam dan Rita dalam pelakon �kelas pertama� yang masih dipandang dan diminati ramai.
Rosyam, biarpun usianya sudah menginjak 47 tahun dan bakal mempunyai cucu tidak lama lagi, tetapi bakat besarnya meletakkan dirinya masih tetap sebaris seperti pelakon muda popular lain.
Berilah apa saja karakter, Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2003 itu mampu memberi impak besar.
Bermula seawal 17 tahun
Melangkah ke dunia lakonan seawal usianya 17 tahun, sehingga hari ini, hampir 30 tahun Rosyam masih bertahan industri perfileman sehingga mampu bergelar produser berjaya.
Lihat saja lakonannya dalam filem KL Gangster 2 sebagai watak Tai Long, Rosyam mampu �membaham� semua karakter lain dalam filem arahan Syamsul Yusof itu.
Tai Long juga mampu melenyapkan gelaran Castello yang sekian lama dipegang.
Begitu juga Rita, wajahnya masih terserlah di kaca TV dengan watak-watak sedih dan memendam rasa, biarpun wajah baru dan muda silih berganti datang dan pergi, namun Rita masih berada di puncak persada tersendiri.
Tanpa berselindung, Rosyam akui: �Saya pernah berada di kemuncak apabila memenangi Bintang Paling Popular, ABPBH 2003 dan banyak anugerah lain sepanjang hampir 30 tahun bergelar pelakon...
Suka bersama hero matang
Rita Rudaini mengakui dia sudah lama merindui berlakon di sisi Rosyam selepas sekian lama tidak bergandingan sama ada dalam filem mahupun drama.
�Tawaran Rosyam berlakon dalam filem Balistik umpama bulan jatuh ke riba. Sudah lama kami tidak bergandingan bersama. Kali terakhir saya berlakon dalam drama Trilogi Cinta dengan Rosyam. Dan sudah lima tahun saya tidak berlakon filem selepas filem terakhir, Cinta pada 2007.
Percaya kredibiliti Rosyam
�Jika ditakdirkan Rosyam menawarkan dua atau tiga babak pun saya tetap menerimanya kerana saya tahu kredibiliti Rosyam.
Bagaimanapun, Alhamdullillah... Rosyam menawarkan saya antara watak penting sebagai Selena dalam filem Balistik.
�Tidak dinafikan, saya banyak menerima tawaran berlakon filem tetapi terpaksa ditolak. Kebanyakannya mahu saya berlakon komedi. Memang saya tak mampu nak bawa watak komedi. Saya tidak selesa...[BH]

Post a Comment