#ALHAMDULILLAH ~ Rumah tangga kami masih bahagia - Hanez Suraya
Hanez Suraya bersama suami Romis Razin Adilha dan anak mereka, Puteri Aleesya.
Menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi, Hanez berkata, perkahwinannya dengan Romie masih lagi bahagia.
"Tiada apa yang perlu jelaskan di atas apa yang terjadi.
Sememangnya kami hanya manusia biasa yang tidak (dapat) lari daripada melakukan kesilapan.
"Cuma, apa yang penting antara saya dan suami, kami masih bahagia bersama dan tidak ada apa-apa yang berlaku.
"Alhamdulillah, rumah tangga kami masih kekal.
Apa yang terjadi biarlah kami berdua selesaikan dan tidak perlu ada spekulasi yang menjadi tokok tambah daripada mana-mana pihak tertentu," katanya. Isnin lalu,
BH Online melaporkan Hanez memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, terhadap Romie.
ARTIKEL BERKAITAN: Hanez Suraya failkan permohonan cerai ?
Sumber memberitahu, Hanez bagaimanapun tidak hadir di mahkamah, sebaliknya hanya diwakili peguamnya.
Sementara itu, kata bintang Love You Mr Arrogant terbabit, ada sebab beliau berdiam diri ketika perkara berkenaan menjadi bualan ramai.
"Saya ingin memohon maaf kepada semua pihak sekiranya saya mengambil langkah untuk berdiam (diri).
"Berdiam bukan bermaksud saya mengiyakan atau menafikan, cuma mahu mengambil masa mencari ruang untuk menenangkan diri.
Syukur alhamdulillah, suami saya sentiasa tenang di atas apa yang berlaku ini.
"Terima kasih di atas sokongan kuat daripada pihak keluarga, rakan rapat, media dan peminat yang sentiasa memberi semangat serta mendoakan yang baik-baik buat kami," ujarnya.
Pasangan yang berkahwin pada 25 Mac 2015 itu dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Aleesya, 13 bulan.[BH Online]
Post a Comment