Header Ads

#HOT ~ Jung Joon Young Rakam Video Seks Dengan Bekas Kekasih

PENYANYI Korea Selatan Jung Joon Young akhirnya mengakui ada merakam video seks dengan bekas kekasihnya seperti dilapor Soompi.

 Bagaimanapun, Jung, 27, berkata, perkara tersebut adalah atas persetujuan bekas kekasihnya dan ia sudah pun dipadam tidak lama selepas membuat rakaman.

 "Itu adalah video yang dia sendiri setuju untuk dirakam. Tapi saya telah hapuskannya," ujarnya.

 Dia turut menafikan video tersebut dirakamn menerusi kamera tertutup seperti didakwa bekas kekasihnya itu.

 Terdahulu pada 6 Ogos lalu, seorang wanita yang juga bekas kekasih penyanyi ini membuat laporan polis tentang video seks tersebut.

 Namun, wanita tersebut menarik balik laporan berkenaan berikutan tiada bukti kukuh.[mStar]

No comments

Powered by Blogger.