Header Ads

#HOT ~ Rain Umum Bakal Kahwini Kim Tae Hee

SETELAH lima tahun menyulam cinta, penyanyi terkenal Korea Selatan, Rain mengumumkan bakal berkahwin dengan pelakon popular Kim Tae Hee.

 Pengumuman bersejarah itu dibuat Rain menerusi satu surat tulisan tangan yang dimuat naik menerusi laman Instagramnya, sebentar tadi.

 Rain Umum Bakal Kahwini Kim Tae Hee

 �Saya bersedia untuk menjadi seorang suami yang baik dan seorang lelaki sebagai ketua rumah tangga.

Dia bersama dengan saya ketika susah dan senang. 

 �Majlis perkahwinan saya akan diadakan secara tertutup dan senyap.

 �Saya harap anda semua dapat faham yang saya tidak boleh mendedahkan bila dan di mana majlis itu akan berlangsung,� antara ayat dalam surat tersebut.

 Sementara itu, portal All Kpop melaporkan pasangan ini akan melangsungkan perkahwinan pada 19 Februari ini di sebuah gereja di Seoul. 

Namun, kedua-dua agensi pasangan menafikan tarikh tersebut.

 Pasangan ini menjalinkan hubungan cinta sejak tahun 2012.

 Rain mencipta namanya di Malaysia apabila membintangi drama popular Korea, �Full House�, manakala Kim Tae Hee popular dengan beberapa drama antaranya Yong Pal. � MYNEWSHUB.CC

No comments

Powered by Blogger.