Header Ads

#HOT ~ Sharnaaz Nikah Kakak Neelofa 31 Mac Ini

PELAKON dan pengarah, Sharnaaz Ahmad bakal menamatkan zaman bujangnya bersama kakak Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor pada 31 Mac ini dalam satu majlis yang sederhana.

 Perkara tersebut diumumkan Sharnaaz pada satu majlis pengumuman tarikh pernikahan �save the date� di sebuah kafe di Kuala Lumpur, hari ini.

 Pelakon yang popular menerusi filem Juvana ini berkata dua majlis resepsi akan diadakan di Kuala Lumpur pada 2 April dan di Pulau Pinang di sebuah hotel pada 16 April.

 �Kita mendapat tajaan di Pulau Pinang dan tema perkahwinan masih dirahsiakan.

 Masih ada tajaan daripada beberapa pihak yang masih dalam pertimbangan,� katanya.

 Pelakon berusia 32 tahun itu berkata majlis akad nikah akan berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Kuala Lumpur.

 Sementara itu, Noor Nabila menjelaskan tarikh akad nikah tersebut dipilih hasil daripada perbincangan ahli keluarga yang mahukan perkahwinan itu dipercepatkan.

 �Persediaan sederhana dan kami dinasihatkan untuk cepatkan yang wajib,� katanya.

 Sebelum ini, pada 18 Disember lalu menyaksikan keluarga Sharnaaz telah menghantar rombongan merisik Noor Nabila.

 Sharnaaz menjelaskan mereka sepakat untuk tidak mengadakan majlis bertunang, sebaliknya terus melangsungkan pernikahan selepas hampir dua tahun perkenalan. � MYNEWSHUB.CC

No comments

Powered by Blogger.