#PENGAKUAN ~ Che Ta Dedah Berat Badan Pernah Naik Hampir 100 Kilogram
Che Ta Dedah Berat Badan Pernah Naik Hampir 100 Kilogram
Che Ta kata dia bernasib baik kerana berat badannya itu dapat diturunkan sehingga 50 kg sebaik sahaja bersalin.
"Berat badan saya akan naik mendadak setiap kali hamil tetapi paling berat adalah ketika mengandungkan Ammar.
"Sebelum hamil ketika itu berat saya adalah 45 kg tetapi sebelum bersalin berat saya cecah hampir 100 kg.
"Begitu juga ketika hamilkan Aniq dan Aaisyah namun saya bernasib baik dapat menurunkannya selepas bersalin," katanya di dalam program realiti The House.
Pun begitu, Che Ta memberitahu untuk menurunkan berat badannya selepas hamil dia perlu mengurangkan pengambilan makanannya.
"Kalau nak kurus ni kena lah rajin.
Bagi saya senang sahaja, nak kurus perlu kurangkan makan.
Kalau sebelum ni kita makan lima kali sehari kurangkanlah kepada tiga.
"Saya memang perlu jaga makan kerana nak kekalkan tubuh badan yang cantik," katanya lagi.[Astro Gempak]
Post a Comment