#HOT ~ Penjelasan Datuk Ziela Jalil Berkaitan Isu Lambat Bayar Pelakon
Baru-baru ini nama penerbit drama terkenal, Datuk Ziela Jalil menjadi topik hangat di akhbar apabila seorang pelakon baharu, Hafeez Mikail mendakwa syarikat milik Ziela gagal melunaskan baki bayaran beberapa orang pelakon yang menjalani penggambaran drama di Cardiff.
Penerbit drama popular, Datuk Ziela Jalil mengakui kesilapannya apabila terlambat membuat bayaran kepada beberapa pelakon telefilem terbitannya yang menjalani penggambaran di Cardiff, Wales seperti yang didakwa pelakon Hafeez Mikail, baru-baru ini.
Mengulas mengenainya Ziela berkata, semuanya berlaku secara tidak sengaja di mana mereka sepatutnya hanya menjalani satu penggambaran drama bersiri di negara itu, namun pada saat akhir terpaksa menjalani satu lagi penggambaran telefilem kerana masih mempunyai masa mencukupi di sana.
"Ketika itu saya sibuk untuk promosi drama bersiri 7 Hari Mencintaiku di Malaysia dan saya serahkan kepada pengarah, Rahila menguruskannya di sana.
"Saya tidak tahu-menahu mengenai pengambilan mana-mana pelakon untuk telefilem berjudul Daffodil Lara itu kerana pembabitan Hafeez dilakukan oleh Rahila.
Difahamkan, bagi mengurangkan kos mereka menggunakan pelakon yang sudah ada di sana,� katanya.
Ziela berkata, semua itu dibincangkan secara lisan tanpa sebarang hitam putih dan semua pelakon bersetuju dengan apa yang mereka bincangkan.
"Disebabkan penggambaran berlaku tanpa persediaan awal, saya memerlukan masa menguruskan hal-hal berkaitan dokumentasi terlebih dulu sebelum mengeluarkan bajet bagi melangsaikan semua bayaran pelakon dan kru.
"Selepas pulang ke Malaysia, perkara ini menjadi kecoh apabila Hafeez menyatakan dia tidak mendapat bayaran lakonan," katanya.
Ziela berkata, bayaran untuk drama bersiri sudah lama dibuat, tetapi untuk telefilem mereka perlu menunggu tawaran daripada stesen tv berikutan telefilem berkenaan belum lagi mendapat slot tayangan.
"Dalam pada sibuk dengan drama 7 Hari Mencintaiku, saya terlupa menguruskan soal bayaran untuk telefilem berkenaan, namun Rahila sudah memaklumkan kepada Hafeez dan pelakon lain.
"Jadi, saya tidak faham kenapa Hafeez masih bising dan tidak puas hati.
Saya sedar kesilapan datang daripada saya, namun perkara boleh dibawa berbincang dan bukan dengan cara dia bising-bising begini," katanya.
Berikutan kecewa dengan sikap Hafeez, penerbit produksi Pena Creative Sdn Bhd itu tidak berminat untuk mengambil pelakon berkenaan berlakon lagi dalam drama terbitannya pada masa akan datang.
�Sebenarnya saya tidak kenal yang mana satu Hafeez kerana sepanjang berada di Cardiff, semuanya adalah di bawah tanggungjawab Rahila.
�Apabila Hafeez bertindak begini, saya rasa kecewa namun tidak berdendam dengannya kerana faham dia mempertahankan haknya,�katanya.
Ziela berkata, dia sudah menjelaskan bayaran untuk Hafeez sebanyak RM4,000 dan akan melunaskan bayaran pelakon-pelakon lain juga.
"Saya juga mohon maaf dan anggap apa yang berlaku adalah pengajaran untuk saya supaya lebih peka dan berhati-hati dalam memilih pelakon untuk masa akan datang," katanya.[myMetro]

Post a Comment