#HEBAT ~ Elfira Loy idam watak lakonan mencabar selepas ini
Elfira Loy
Katanya, meskipun jarang tampil di layar perak dan kaca televisyen, karier seninya berjalan dengan cukup lancar.
"Jujur, saya baru saja menolak beberapa tawaran berlakon filem dan drama.
"Bagi saya, lakonan bukanlah karier, sebaliknya saya melakukannya kerana minat semata-mata," katanya kepada Sinar Harian.
Bagaimanapun, pemilik nama penuh, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri ini mengakui mencari kepuasan selepas 10 tahun menceburi bidang lakonan.
"Saya bukan berlakon kerana saja-saja sebaliknya saya bersedia untuk belajar.
"Jadi, saya perlukan pengarah yang boleh mencungkil apa lagi bakat yang saya ada.
"Saya mahu watak yang mencabar sekali gus mampu membuat saya teruja untuk �explore� karakter tersebut.
"Kalau tiada, lebih baik saya bagi peluang kepada pelakon lain," katanya ketika ditemui selepas pelancaran portal beli-belah Haqqi, baru-baru ini.
Jelasnya, buat masa ini, tiada lagi tawaran yang benar-benar menepati kehendaknya.
"Tapi, itu bukanlah bermakna saya bosan berlakon.
"Tak! Perkataan (bosan) itu tak pernah ada sebab saya tak pernah jemu berlakon,� katanya.
Tidak ralat, Elfira bagaimanapun mengakui menemui satu kehidupan baru dan cukup seronok menikmatinya.
"Saya jumpa satu kehidupan baru yang lebih baik.
"Apa yang pasti kini, saya melalui kehidupan normal sama seperti orang lain.
"Memang seronok, apatah lagi saya sudah sibuk berlakon sejak berumur 12 tahun lagi.
"Saya teruja dengan rutin baru ini, jadi saya tak mahu tinggalkannya.
Lagipun, saya hanya mahu berehat sebentar," katanya.
Serius ceburi bidang fesyen
Terus mengorak langkah sebagai usahawan, buat pertama kalinya, Elfira melancarkan koleksi pakaian Muslimah melalui jenama EL by Elfira Loy.
Katanya, koleksi itu dilancarkan secara eksklusif di portal beli-belah Haqqi yang dibangunkan oleh Koperasi Tabung Haji Bhd melalui satu perkongsian strategik dengan pakar teknologi maklumat, Glass Go Media Sdn Bhd.
"Sebenarnya, saya sangat berbesar hati di atas kerjasama yang terjalin.
"Alhamdulillah, jalinan ini memudahkan saya dalam memperkukuhkan jenama di pasaran," katanya.
Lebih istimewa, katanya, koleksinya itu hanya dijual di Butik Haqqi di Shah Alam selain menerusi dalam talian di www.haqqi.com.my.
"Saya menyediakan banyak rekaan, tetapi hanya 10 rekaan yang dipilih.
"Insya-ALLAH, ia sesuai untuk semua golongan khususnya remaja.
"Lagipun, semuanya dijual pada harga yang berpatutan iaitu di bawah RM200," katanya.
Pada masa sama, Elfira turut merancang untuk terus serius dalam perniagaan yang baru diceburinya itu.
"Saya mula menceburi bidang ini sejak tahun lalu.
"Tapi, ketika itu, saya hanya melakukannya untuk majlis-majlis tertentu.
"Kali ini, saya mahu membuatnya secara konsisten seperti mengeluarkan pelbagai koleksi pakaian pada setiap bulan," katanya.
Jelasnya, keputusan itu dibuat memandangkan permintaan tinggi daripada remaja di luar sana.
Sementara itu, Elfira mengakui sentiasa bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta dan mendirikan berumah tangga.
"Ramai yang cakap saya terlalu bekerja kuat untuk mengejar duit hingga tidak mahu bercinta.
"Padahal, saya sentiasa bersedia ke fasa seterusnya dalam kehidupan," katanya yang masih belum menemui lelaki benar-benar sesuai.[SH]
Post a Comment