#TERCANTIK ~ Ratu Cantik Perancis Dinobat Miss Universe 2016
Penyandang gelaran Miss Universe 2015, Pia Wurtzbach (kiri) menyampaikan mahkota kemenangan kepada ratu cantik Perancis, Iris Mittenaere yang dinobatkan sebagai Miss Universe 2016, Isnin. -fotoREUTERS
Mahkota kemenangan dipakaikan oleh penyandang gelaran Miss Universe 2015, Pia Wurtzbach, dari Filipina.
Wakil Haiti, Raquel Pelissier diumumkan sebagai naib juara, manakala peserta Colombia, Andrea Tovar mendapat tempat ketiga.
Wakil tuan rumah, Maxine Medina, tersenarai dalam kelompok enam terakhir pertandingan ratu cantik antarabangsa ini.
Mittenaere, seorang pelajar pembedahan pergigian dari Lille di utara Perancis, menewaskan 85 wanita paling cantik di dunia.
Dalam pusingan soalan terakhir, Mittenaere menekankan manfaat sempadan terbuka ketika ditanya mengenai krisis pelarian global.
"Di Perancis kami mahukan globalisasi seluas mungkin. Kami mahu mempunyai pertukaran rakyat terbesar setakat yang kami mampu.
Mungkin suatu hari nanti ia akan berubah tetapi sekarang kami mempunyai sempadan terbuka.
"Mempunyai sempadan terbuka membolehkan kita meneroka ke seluruh dunia dan mengetahui lebih lanjut mengenai apa yang ada di luar sana."[mStar]
Post a Comment