Header Ads

#REAKSI ~ Debaran Deepika Padukone Di Pentas Hollywood

Deepika Padukone - Foto filmibeat.com 

 JIKA di Bollywood, Deepika Padukone, 31, sedia dikenali sebagai antara aktres paling sukses yang menerima bayaran paling tinggi dalam sesebuah filem yang dilakonkan.

 Namun di Hollywood, bintang kelahiran Copenhagen, Denmark ini masih boleh dikira baru andai mahu diukur dengan pelakon Asia lain yang terlebih dahulu mencipta nama di negara Uncle Sam itu.

 Jadi pastinya, projek pertama selebriti ini dalam melebarkan empayar seni lakonannya di Hollywood menerusi filem aksi, XXX: Return of Xander Cage di samping Vin Diesel, Nina Dobrev dan Samuel L Jackson, dilihat sebagai penanda aras untuk melihat sejauh mana keupayaannya dalam mengumpul peminat di sana.

 Deepika menerusi sebuah wawancara memberitahu, meski sudah lama bertapak di dalam industri perfileman India dan mengakui namanya turut dikenali serata dunia, namun adrenalin dan keterujaannya untuk beraksi di dalam filem antarabangsa bersama aktor terkenal sedia ada, pastinya memberi keterujaan yang bukan calang-calang.

 �Jujurnya saya takut dan berdebar untuk menantikan apakah reaksi penonton terhadap filem tersebut.
"Masakan tidak, sewaktu sesi promosi filem ini di laman sosial, saya sedar ada komen netizen berbelah bahagi terhadap penampilan saya.

 �Apa pun, saya optimis kerana sudah memberikan yang terbaik di dalam filem tersebut dan sebagai �orang baru� yang ingin bertapak di Hollywood, saya sudah berpuas hati dengan apa yang saya lakukan.

Selebihnya, saya serahkan pada peminat untuk menonton.

 �Harap filem itu akan jadi boom di pawagam nanti,� ujar Deepika yang mengakui, pelawaan yang diterima pengarah, DJ Caruso untuk beraksi di dalam filem sekuel itu juga merupakan satu penghargaan terbesar buat dirinya.

XXX: Return of Xander Cage bakal di tayangkan di seluruh dunia pada akhir Januari ini.

 Berkongsi sisi kerjaya seninya di India pula, pelakon tinggi lampai ini juga sedang sibuk dengan penggambaran beberapa buah filem.

Antaranya ialah Raabta, Padmavati dan Kashmir Afloat.

 Terdahulu, Deepika pernah dijulang sebagai Pelakon Baharu Wanita Terbaik Anugerah FilemFare menerusi filem Om Shanti Om yang diterbitkan pada 2007 lalu.

Di dalam filem tersebut, Deepika bergandingan bersama pelakon ikon Bollywood, Shah Rukh Khan.[SH]

No comments

Powered by Blogger.