#UBAH ANGIN ~ Datuk Aliff beralih ke bidang lakonan?
Aliff Syukri.
Namun siapa sangka, dalam kecemerlangan mengemudi antara syarikat produk penjagaan kesihatan terkenal di Malaysia, terselit keinginan lelaki berusia 30 tahun ini untuk bergelar pelakon.
Dan impiannya itu akhirnya termakbul apabila pengarah prolifik, Datuk Prof Dr A Razak Mohaideen melamar Datuk Aliff Syukri Kamarzaman sebagai pelakon utama dalam filem terbarunya, Badang.
Aliff yang juga Pengasas D�Herbs Healthy Sdn. Bhd, mengakui agak ragu-ragu pada awalnya, namun dek kerana jalan cerita yang menarik, dia akhirnya menerima tawaran dari A. Razak.
�Tidak dinafikan sebelum ini ada beberapa tawaran, tetapi saya terpaksa tolak kerana tidak yakin dan dalam masa yang sama tidak boleh tinggalkan bisnes.
�Tetapi untuk filem Badang, saya lihat karakter Bad itu ada persamaan dengan saya dari segi komitmennya, dari segi suka bercakap dengan haiwannya.
�Namun ingin saya tegaskan di sini, saya tidak akan bawa karakter Aliff Syukri atau karakter gedik di dalam filem tersebut, sebaliknya akan memastikan dapat membawa watak Bad dengan baik dan berkesan,� katanya ketika ditemui pada majlis doa selamat dan bacaan skrip filem Badang yang diadakan di Intekma Resort & Convention Centre di sini, Jumaat lalu.
Aliff bakal bergandingan dengan aktres berbakat besar Fasha Sandha. Turut membintangi filem ini adalah aktor hebat Fauzi Nawawi dan anaknya, Fareez Fauzi.
Karya berbentuk adiwira adaptasi daripada kisah rakyat ini adalah terbitan FiTA Studios Sdn Bhd dan UiTM Holdings.
Aliff juga mengambil kelas lakonan bersama dua guru berlainan dan salah seorangnya ialah pelakon versatile, Ellie Suriati bagi memberi komitmen terbaik.
�Saya berlakon bukan kerana duit dan saya tidak terlibat langsung dalam penajaaan filem ini dan tidak memberi sejumlah wang kepada produksi agar saya dapat berlakon.
�Sebaliknya mereka yang memberi tawaran dan membayar saya. �Sebab itulah saya mahu memberi yang terbaik kerana siapa yang kenal saya, tahu komited dengan kerja saya.
�Malah saya juga bukan berlakon untuk glamor,� ujarnya.
Di tanya penerimaan isterinya, Datin Nur Shahida Mohd Rashid mengenai keputusannya untuk berlakon, Aliff berkata, isterinya itu pada mulanya agak keberatan tetapi akhirnya bersetuju dengan beberapa syarat.
�Keluarga dan isteri saya agak alim, jadi mereka tidak berapa suka saya berlakon.
�Tapi bagi saya pula, saya muda lagi dan biarlah saya mencuba sekali.
�Tidak dinafikan tiga bulan juga saya pujuk isteri kerana bagi saya dalam apa jua kerja yang kita hendak lakukan biarlah ada restu isteri,� jelasnya.
Demi memberi komitmen penuh terhadap penggambaran, Aliff berkata, dia mengambil cuti selama dua bulan dan menyerahkan urusan perniagaan sepenuhnya terhadap isteri.
�Saya bukan individu yang boleh buat dua kerja dalam satu masa dan saya takut tak boleh fokus.
�Jadi saya ambil cuti dan harap boleh lupakan seketika perniagaan dengan fokus pada penggambaran,� katanya.
Rezeki 2017
Tidak hanya beralih kepada bidang lakonan, Aliff berkata, dia juga mendapat tawaran untuk menjadi duta Samsung Galaxy A series.
Bukan itu sahaja, dia juga akan terlibat dengan sebuah program realiti tidak lama lagi dan tidak mengambil bayaran dari program berkenaan.
�Saya anggap ini semua adalah rezeki anak-anak dan saya hanya mencuba sesuatu yang berbeza.
�Kalau berkesan atau sesuai, mungkin boleh diteruskan setahun sekali,� katanya.[SH]
Post a Comment