Header Ads

#COOL ~ Saya Hormat Kejujuran Awak � Neelofa Respon Fattah?

SEJAK beberapa hari lalu, pemilik nama Fattah Amin terus-menerus menguasai carta trending di laman sosial selepas buku keluarannya baru dilancarkan berjudul 99 Kata-Kata #QalifModen mendapat kecaman ramai.

 Kewujudan buku yang mengandungi kata-kata semangat dan gambar swafoto ini dikritik gara-gara netizen merasakan buku itu terlalu santai dan tidak layak dijual dengan harga yang mahal iaitu RM58 untuk Semenanjung Malaysia serta RM68 untuk Sabah dan Sarawak.

 Ketika ramai yang memberi kata-kata hinaan kepada Fattah, gandingan heroinnya dalam drama Suri Hati Mr. Pilot, Neelofa dilihat muncul memberi kata-kata semangat dipercayai buat jejaka itu menerusi laman Twitter.

 �Saya kenal awak dan faham apa yang cuba anda sampaikan melalui kata-kata itu.

Tidak kira apa yang mereka katakan, saya tetap hormat kejujuran awak,� tulisnya.
Meskipun Neelofa tidak menyertakan nama kepada siapa status itu ditujukan tetapi rata-rata peminat menganggap kata-kata itu untuk Fattah memandangkan situasi yang dihadapi penyanyi lagu Wanita Terakhir itu.

 Semoga kata-kata semangat Neelofa untuk Fattah dapat merawat sedikit perasa kecewa aktor itu berkenaan isu viral buku tersebut. � MYNEWSHUB.CC

No comments

Powered by Blogger.