#HOT ~ Fasha Akui Rapat Dengan Lelaki Biasa Usia 30-an
SEMENJAK menjadi ibu tunggal, pelakon popular Fasha Sandha tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana lelaki.
Dalam pada itu, Fasha, 33, akui dia kini sedang berkawan rapat dengan seorang lelaki berusia 30-an.
Menurut pelakon drama bersiri Lara Aishah, sikap postitif lelaki itu membuatkan dia mahu terus berkawan.
Pun begitu, Fasha enggan mengulas lanjut kerana merasakan hubungan mereka terlalu awal.
�Perkenalan kami masih baru lagi iaitu tak sampai enam bulan. Jadi, masih terlalu awal nak bercakap mengenai hubungan ini.
�Apa yang boleh saya boleh katakan ialah dia rakan lelaki yang rapat dengan saya sekarang.
�Saya juga menganggapnya sebagai sahabat di mana kami saling berhubung dan berkomunikasi siang dan malam. Namun, kami bukan pasangan kekasih.
�Kebaikan yang ditunjukkan membuatkan saya nak terus berkawan, malah dia juga bukan jenis yang mendesak,� katanya kepada Harian Metro.
Sementara itu, Fasha memberitahu, lelaki itu hanyalah orang biasa dan bukan dikenali umum.
�Cukup untuk saya katakan, dia bukan orang yang dikenali. Sebaliknya hanya lelaki biasa,� katanya.
Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan Jejai, namun bercerai pada 18 Januari tahun lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha.

Post a Comment