#PEMINAT TEGAR ~ Kanak-Kanak Penghidap Leukemia Menangis Sebut Nama Aiman Tino Ketika Kemoterapi
Bapa seorang kanak-kanak perempuan penghidap leukemia, berhasrat untuk menemukan anaknya itu dengan penyanyi Aiman Tino.
Bapa kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Mohd Zulkarnain Abu Hassan, 42, berkata, anaknya, Ainul Mardhiah, 3, merupakan peminat tegar Aiman Tino sejak awal kemunculan penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu lagi.
�Sudah setahun anak saya disahkan menghidap kanser leukemia dan setakat ini sudah lima kali air tulang sumsum Ainul diambil.
�Sepanjang tempoh tersebut Ainul turut menjalani rawatan kemoterapi dan saya terkejut apabila dia menangis menyebut nama Aiman Tino sambil memberitahu dia kesakitan.
�Sebelum ini Ainul memang selalu menyanyikan lagu-lagu Aiman Tino dan dari situlah saya tahu dia sangat meminati penyanyi tersebut,� katanya ketika di hubungi Astro Gempak.
Menurut Zulkarnain lagi, isterinya Khairani Fawzi, 35, berhenti kerja sejak setahun lalu bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada anak bongsu mereka itu.
�Isteri terpaksa berhenti kerja kerana mahu memantau kesihatan Ainul dan mudah baginya untuk berulang-alik membawa Ainul ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
�Lagipun dia (isteri) kata, mudah untuknya menemani Ainul di wad,� katanya sebak. Dalam pada itu Zulkanain sempat berseloroh dan memberitahu jururawat dan doktor di wad pediatrik mengenali Ainul dengan nama Aiman (Aiman Tino).
�Doktor dan nurse dah panggil Ainul dengan nama Aiman Tino kerana dia selalu beritahu kepada mereka yang dia mahu berjumpa penyanyi itu.
�Saya dapat rasakan Ainul akan sangat gembira jika dapat bertemu Aiman,� ujarnya.[Astro Gempak]

Post a Comment