Header Ads

#TULAR ~ Kecoh satu Malaysia pasal buku saya: Fattah Amin

Diambil dari akaun instagram milik Fattah Amin 

 BARU sahaja menerbitkan buku 99 Kata-Kata #Qalifmoden, nama Fattah Amin terus panas di media sosial, malah kisah bukunya menjadi bualan di alam maya.

 Mana tidaknya, pelbagai �trolls� mengenai isi kandungan bukunya disebut-disebut netizen sejak ia dilancarkan baru-baru ini.

 Hari ini, Fattah Amin menerusi akaun Instagramnya tampil meluahkan perasaannya terhadap �serangan-serangan� netizan kepadanya.

 �Salam semua... pertamanya saya nak ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan yang amat dahsyat dari anda semua. Kecoh satu Malaysia sekejap pasal buku saya ni. 
 �Sejujurnya, buku �collective item� atau �merchandise� saya ini diterbitkan untuk berkongsi kata-kata positif, nasihat dan impian saya untuk menjadi insan yang berguna serta menjadi inspirasi kepada semua,� katanya.

 Pada masa sama, Fattah turut berpesan kepada peminatnya agar terus cuba untuk merealisasikan setiap impian biarpun ia hanyalah kecil.

 �Setiap kejayaan bermula dengan sebuah impian.. Teruskan #doayangbaikbaik "and be kind to others", Insya-ALLAH ALLAH SWT akan mempermudahkan urusan dan perjalanan hidup kita,� katanya. 

 Ternyata, Fattah tidak mudah melatah dengan setiap komen yang diberikan kepadanya.

 Sejak memuat naik status tersebut, peminat Fattah terus memberikan kata-kata semangat untuknya supaya tidak cepat melatah dan sentiasa berdoa pelakon kesayangan mereka itu akan terus sukses dalam bidang seni ini.[SH]

No comments

Powered by Blogger.