Header Ads

#GOSIP PANAS ~ Neelofa enggan ulas hubungan dengan kerabat Selangor

PELAKON popular Neelofa memilih untuk berdiam diri berhubung dakwaan dia kini dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang kerabat seperti yang tersebar di laman-laman sosial.

 Bagaimanapun, pengacara tersebut tidak menafikan dia berkawan dengan kerabat raja Selangor itu.

"Iya kami memang berkawan tapi anda semua cukup bijak untuk menilai sama ada saya layak atau tidak untuk bercakap tentang ini.

 "Keluarga tidak pernah mengatur persahabatan ini dan mereka tidak pernah bertanya tentang desas-desus yang tersebar," ujarnya.

 Noor Neelofa Mohd Noor, 28, yang ditemui ketika menghadiri pada majlis pelancaran koleksi tudung terbarunya yang diadakan bertempat di Black Box, Publika, semalam.

 Dalam perkembangan lain pula, selepas cawangan kedua dirasmikan bertempat di dalam pusat membeli belah Publika, Neelofa buat masa ini belum lagi merancang untuk membuka cawangannya di luar negara.[SH]

No comments

Powered by Blogger.