#HOT ~ Debaran Izara Aishah
PEMINAT drama Vanila Coklat di slot Lestary, TV3 pasti tidak melupakan kisah komedi romantik mengenai Aamir dan Zara, lakonan Aiman Hakim Ridza dan Izara Aishah.
Lakonan mereka membuatkan penonton geram, gembira dan sedih.
Melalui drama inilah, peminat hiburan tanah air mengenali Izara Aishah.
Bergelumang dalam dunia lakonan lebih lima tahun, Izara mencuba mempelbagaikan watak untuk melengkapkan portfolio sebagai pelakon versatil.
Dari watak isteri , dia bertukar menjadi penari dalam filem Showdown The Movie.
Menjadi penari bukan mudah kerana perlu tahu teknik dan mempelajari setiap pergerakannya.
Kini, pelakon berusia 24 tahun itu berdebar menanti tayangan filem lakonannya, J Revolusi Mac ini.
Memulakan bicara, dia yang memegang watak Eddie sememangnya menunggu tawaran sebuah cerita aksi setelah filem aksi yang pernah dilakonkan sebelum masih belum ditayangkan.
�Ini bukan kali pertama saya berlakon dalam filem aksi. Sebelum ini, saya pernah berlakon dalam genre ini sebagai pesilat tetapi cerita itu tidak ditayangkan sehingga ke hari ini," katanya.
Menurut Izara, seni mempertahankan diri merupakan aktiviti yang paling diminatinya dan ini terbukti apabila dia mempelajari Muay Thai ketika di bangku sekolah.
Mempunyai asas dalam seni mempertahankan diri menjadi faktor pelakon jelita tersebut dipilih oleh pengarah J Revolusi, Zulkarnian Azhar untuk membawa watak Eddie.
�Saya sentiasa mahu mencabar diri dengan membawa watak fighter dan akan memberikan lebih 100 peratus komitmen bagi menjayakan watak tersebut.
Mungkin kerana itu juga mempengaruhi pihak produksi memilih saya menyertai J Revolusi,� ujarnya.
Penat Tetapi Seronok
Pengalaman penggambaran J Revolusi menjadi memori terindah pelakon genit itu.
Namun begitu, penat mental dan fizikal merupakan cabaran menghidupkan watak Eddie. �Kebanyakan pelakon berada di set penggambaran berjam-jam lamanya.
Kadang-kadang, sehingga dua hari tanpa henti," katanya yang turut bersabar dengan aksi pertempuran dan berlari yang dibuat beberapa kali untuk mendapatkan sudut berbeza.
Izara mampu melakukannya walaupun bukan sekadar aksi dan emosi supaya watak Eddie mengikut cita rasa pengarah.
Walaupun penat, Izara mengakui teruja kerana diberi peluang menghidupkan watak Eddie.
2016 Tahun Hebat
Tahun 2016 paling sibuk bagi pelakon kelahiran Johor ini sehingga kurang masa senggang.
�Alhamdulillah, rezeki tidak putus seperti tahun sebelumnya.
Namun, saya masih tak puas kerana banyak lagi aspek lakonan yang perlu dipelajari.
�Saya akan terus belajar dan memperbaiki diri untuk menjadi seorang pelakon yang baik,� katanya.
Selain J Revolusi, katanya, beberapa cerita yang dibintanginya akan menemui penonton tahun ini dan salah satunya adalah Kau Yang Satu.
Ketika berbicara dengan wartawan Media Hiburan, Izara sedang menjalani sesi penggambaran drama bersiri Dia.
�Drama ini akan ditayangkan dalam slot Akasia di TV3 dan akan bersiaran sebanyak 60 episod.
�Setakat tahun ini, jadual kerja saya penuh sehingga April.
Terima kasih kepada semua pihak yang mempercayai bakat saya,� katanya.[SH]

Post a Comment