#TARGET ~ Sherry Ibrahim mahu tembusi pasaran luar negara
KEMUNCULANNYA dalam drama remaja Dunia Baru kira-kira 10 tahun lalu telah memperkenalkan nama Sherry Ibrahim kepada masyarakat.
Bertitik-tolak dari situ, Sherry semakin dikenali dan mendapat tawaran berlakon.
Namun, sejak kebelakangan ini selebriti menjangkau usia 34 tahun ini dilihat agak sibuk dengan dunia perniagaan.
Ditemui baru-baru ini, anak jati Kuala Lumpur itu mengakui dia agak sibuk dengan urusan perniagaan memandangkan produk kecantikan Deeja Cosmetic baru menjengah usia setahun.
�Saya tidak nafikan memang sibuk urus Deeja Cosmectic lebih-lebih lagi permintaan makin banyak.
�Jadi, saya fokus permintaan diterima. Selain permintaan pelanggan, saya perlu jumpa stokis produk ini bagi memastikan semua urus niaga berjalan lancar,� katanya.
Tambah pelakon cantik ini, selain mendapat permintaan dari pasaran dalam negara, produknya turut mendapat tempahan dari luar negara.
Justeru itu, pada tahun ini, Sherry sudah membuat perancangan rapi bagi memastikan bisnesnya berjalan lancar demi kebaikan syarikat dan kepuasan pelanggan.
�Insya-ALLAH, jika tiada aral, saya akan cuba menembusi pasaran Indonesia dan Brunei.
Doakan supaya saya dapat memasuki pasaran kedua-dua negara ini,� katanya.
Meskipun sibuk dengan dunia perniagaan, dia tidak akan meninggalkan dunia lakonan yang diminatinya sejak dulu lagi.
Jelas Sherry, dunia hiburan telah memperkenalkan dirinya serta produknya kepada masyarakat.
�Saya juga bawa imej Deeja setiap kali muncul di kaca televisyen.
Jadi, mana mungkin saya akan tinggalkan bidang hiburan.
Cuma, saya agak selektif dengan watak ditawar, seiring imej yang saya tonjol,� jelas pelakon Cinta Ibadah itu.[SH]

Post a Comment