#PENAFIAN ~ "Randy Seidman Bukan Kekasih Saya" - Nur Fazura
Pelakon Nur Fazura menyifatkan gelaran 'girlfriend' yang digunakan oleh deejay dari Amerika Syarikat iaitu Randy Seidman dalam sebuah video eksperimen sosial bukan suatu perkara pelik.
Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 34, berkata, penggunaan kata itu bukan bererti dia menjadi kekasih lelaki itu sebaliknya ia adalah perkara biasa dalam merujuk kepada kenalan wanita di negara itu.
"Saya tak salahkan siapa yang buat pertikaiKan sebab di sini (Malaysia) ia bukan sesuatu yang normal apabila seorang lelaki sebut 'girlfriend' bagi rakan wanita mereka.
"Tetapi di Amerika ia perkara biasa dan Randy saya sudah anggap sebagai rakan baik dan kami pun sudah berkawan sejak lima tahun lalu," katanya kepada mStar Online.
ARTIKEL BERKAITAN: #TULAR ~ DJ AS Randy Seidman Mengaku Fazura Sebagai Teman Wanita Beliau
Penyanyi itu ditemui pada majlis pengumumannya sebagai artis eksklusif Universal Music Malaysia di Hotel Le Meridien di sini, Khamis.
Fazura mengulas mengenai tindakan spontan Randy mempertahankan Islam selepas melihat dua lelaki memegang plakad provokasi bagi melarang kemasukan komuniti Islam ke negara itu.
Randy dalam video berdurasi 10 minit yang dimuat naik di YouTube itu turut melahirkan rasa kesal terhadap tindakan dua lelaki yang memegang plakad provokasi terhadap Islam selain merujuk Fazura sebagai 'girlfriendnya'.
Dalam pada itu, Fazura melahirkan rasa terharu terhadap Randy yang mempertahankan agama Islam kerana tidak ramai individu yang berani berbuat demikian.
Kata Fazura lagi, hasil daripada pemerhatiannya sebelum ini kebanyakan masyarakat di negara itu sangat sensitif terhadap diskriminasi agama dan tindakan Randy itu amat dihormatinya.
"Walaupun kami berlainan agama dan bangsa tetapi tindakannya itu adalah bukti sifat kemanusian melebihi segala-galanya.
"Randy mempertahankan Islam kerana isu agama memang sensitif di kalangan masyarakat Amerika dan saya bangga mempunyai rakan sepertinya," kata Fazura.
Presiden Donald Trump baru-baru ini telah mengeluarkan perintah eksekutif melarang kemasukan pelarian dan pelawat dari tujuh buah negara Islam.
Walaupun Malaysia tidak termasuk dalam senarai itu tetapi masyarakat dunia yang beragama Islam khuatir mereka juga akan menjadi mangsa kepada penguatkuasaan peraturan baharu itu.
Isu itu juga bukan sahaja menimbulkan kemarahan dan bantahan masyarakat dunia tetapi rakyat Amerika sendiri.[mStar]

Post a Comment