Header Ads

#REAKSI ~ Que Haidar �Dikecam� Sebab Warnakan Rambut Blonde

SUDAH lama tidak mendengar perkembangan terbaharu aktor Que Haidar selepas dia menyepikan diri seketika demi memberi tumpuan terhadap pembesaran anak-anaknya.

 Walaupun sudah tidak aktif dalam bidang lakonan, namun peminat setia Que masih boleh melihat aktiviti harian aktor itu yang dikongsikannya di laman sosial Instagram.

 Terbaharu, Que yang tampil dengan imej rambut blonde mendapat pelbagai reaksi daripada peminat dan pengikutnya di laman popular itu.

 Ada yang memberikan respons, adakah ibadah solat Que akan diterima sekiranya dia mewarnakan rambutnya namun Que dengan tenang menjawab segala persoalan yang bermain di minda peminatnya.
Menurut Que, pewarna rambut yang digunakannya berstatus halal selain aktor berbakat besar itu juga turut mendoakan kesejahteraan peminat yang mempertikaikan imej terbaharunya itu. � MYNEWSHUB.CC

No comments

Powered by Blogger.