Header Ads

#HOT ~ Nora Danish, Nedim Nazri Bakal Berkahwin Tahun Ini?

HUBUNGAN cinta yang terjalin antara aktres popular, Nora Danish dengan seorang jejaka yang merupakan anak menteri kabinet, Nedim Nazri sememangnya bukan lagi rahsia.

 Setelah bertahun-tahun menyulam cinta, Nora akhirnya mengesahkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan Nedim pada tahun ini.

 Pun begitu, pelakon drama Puteri ini belum lagi bersedia berkongsi butiran mengenai majlis sejarahnya itu termasuk tarikh rasmi.

 �Ya saya memang akan berkahwin tahun ini. Cuma buat masa sekarang saya belum boleh berkongsi lebih lanjut.

 �Insya-Allah jika semuanya sudah selesai saya bersedia untuk menguar-uarkan kepada semua. Jangan risau saya pasti berkongsi berita gembira ini,� katanya kepada Harian Metro.

 Malah, dia juga enggan memberi bayangan sama ada majlis itu bakal berlangsung sebelum sambutan Aidilfitri atau tidak.

 Sementara itu, Nora memberitahu, selepas berkahwin dia akan mula memperlahankan aktiviti lakonannya.

 �Selepas berkahwin saya mahu memberi fokus kepada perniagaan pula. Kalau berlakon pun tak kerap macam sekarang.

 �Cuma kalau boleh tahun ini saya nak berlakon sebuah drama bersiri. Bagi saya ia perlu bagi mengekalkan nama dalam industri.

 �Tambahan pula saya memiliki perniagaan, jadi saya tak boleh berhenti terus,� katanya yang ditemui media pada malam tayangan filem Surga Yang Tak Dirindukan 2.

 Terdahulu, Nora memberitahu majlis perkahwinannya akan diadakan secara ringkas sahaja.

No comments

Powered by Blogger.