Header Ads

#TOP TEN ~ Artis Hollywood Yang Kaya-Raya Tapi Hidup �Humble�

WALAUPUN terkenal dan mempunyai simpanan lapan-angka di dalam akaun bank mereka, selebriti-selebriti Hollywood multimillionaire ini masih mengamalkan gaya hidup serba sederhana.

Mereka tidak menghabiskan jutaan dolar untuk membeli rumah agam, kereta mewah, menganjurkan parti penuh glamor atau percutian eksklusif.

 Dengan kekayaan mereka, A-Listers ini lebih daripada mampu untuk berbelanja mewah tetapi mereka pilih untuk tidak melakukan begitu.

Jom terjah 7 dari 10 bintang Hollywood yang kaya tetapi hidup sederhana ini!:

 1. Jennifer Lawrence
Bintang The Hunger Games ini mungkin merupakan selebriti muda paling mudah didekati di Hollywood.

Dengan kekayaan bernilai $60j (RM266.13j), aktres berusia 25 tahun ini masih memandu kereta Chevrolet Volt, mengelak daripada membeli-belah di kedai-kedai mewah dan masih tinggal di apartmen yang sama beliau duduki sebelum menjadi pemenang anugerah Oscar!

 2. Sarah Jessica Parker
Meskipun mempunyai harta bernilai $100j (RM443.55j), pelakon yang terkenal sebagai watak Carrie Bradshaw dalam siri Sex and The City ini langsung tidak menjalani kehidupan seorang jutawan.

Walaupun kaya dan terkenal, dia hanya tinggal di sebuah rumah sederhana di kawasan Greenwich Village, New York City bersama suaminya, aktor Matthew Broderick serta 3 orang anak mereka.

Malah, Sarah pernah mengakui behawa dia tidak begitu berminat untuk makan di restoran mewah dan berbelanja di butik terkemuka kerana dia sering teringat pengalaman membesar dalam keadaan sederhana bersama keluarganya.

Oleh itu, Sarah sentiasa berjimat cermat bagi memastikan keluarganya tidak akan mengalami masalah kewangan.

 3. Eva Longoria
Walaupun memainkan watak Gabrielle Solis yang sukakan kemewahan dalam siri Desperate Housewives, Eva Longoria sebenarnya seorang yang suka berjimat-cermat.

Kekayaan bernilai $35j (RM155.24j) yang dimiliki Eva sedikit pun tidak mengubah peribadinya kerana sama seperti Sarah Jessica Parker, dia tidak berasal daripada keluarga senang.

Kesusahan semasa kecil yang dirasainya menjadikan Eva agak lasak kerana sejak kecil lagi sudah diajar berburu oleh bapanya dan pengajaran yang diperoleh semasa membesar memupuk sikap cermat berbelanja pelakon genit ini.

 4. Zooey Deschanel
Bintang siri New Girl ini cukup tidak berkenan apabila diva-diva dan fesyenista Hollywood cuba untuk mempengaruhi masyarakat untuk membeli busana pereka fesyen yang terlalu mahal.

 Zooey yang mempunyai nilai terkumpul kira-kira $18j (RM79.84j) ini gemar berjimat-cermat dan lebih suka membuat pelaburan secara berhati-hati daripada berbelanja mewah.

 5. Sarah Michelle Gellar
Pelakon kegilaan remaja era 90-an ini sememangnya kaya-raya hasil daripada berlakon dalam siri popular Buffy The Vampire Slayer dan filem Cruel Intentions ini mengakui dia sering menggunakan kupon diskaun serta membeli-belah hanya ketika jualan murah berlangsung.

Dia dan suaminya, aktor Freddie Prinze Jr. telah berkahwin selama lebih satu dekad dan mereka lebih gemar menjalani kehidupan jauh daripada lensa kamera.

 6. Shailene Woodley
Pelakon utama filem Divergent ini masih tinggal sebumbung dengan ibu bapanya walaupun mempunyai kekayaan bernilai $9j (RM39.92j).

Bukan sahaja itu, Shailene juga membuat produk kecantikan berasaskan semuladinya sendiri walaupun mampu membeli produk yang mahal.

Wanita berusia 24 tahun ini juga lebih selesa memakai baju sejuk, seluar sukan dan membeli pakaian di kedai baju terpakai.

 7. Keanu Reeves
Bukan artis wanita sahaja yang gemar merendah diri, Keanu Reeve yang hidup bersederhana dan gemar menderma menjadikannya amat popular di kalangan peminat.

Aktor ikonik ini terkenal sebagai seorang yang murah hati kerana bersetuju untuk mengurangkan bayaran bagi filem The Devil�s Advocate semata-mata kerana mahu pelakon veteran Al Pacino turut sama terlibat dalam filem tersebut.

Keanu juga mendermakan 90% daripada bayarannya untuk filem The Replacements kepada seorang lagi pelakon veteran iaitu Gene Hackmab.

Bukan sahaja itu, malah dia juga sanggup mendermakan bayaran $75j (RM332.66j) untuk sekuel The Matrix kepada krew kesan khas dan rekaan kostum filem tersebut kerana berpendapat mereka lebih wajar menerima bayaran mahal daripada penerbit!-MYNEWSHUB.CC/SK

No comments

Powered by Blogger.