Header Ads

#SPONTAN ~ Kenapa Jackie Chan menitiskan air matanya?

Gelagat Jackie Chan sewaktu di dalam rancangan tersebut. 

 PELAKON aksi terkenal, Jackie Chan tidak dapat menyembunyikan rasa terharunya apabila dikejutkan dengan kehadiran pasukan asal lagak ngerinya iaitu JC Stunt dalam satu rancangan televisyen di sini.

 Beliau menjadi tetamu undangan di dalam rancangan itu bagi meraikan kemenangannya dalam Anugerah Khas Oscar tahun lalu.

 Dalam video tersebut menyaksikan kesemua pasukan lagak ngeri tersebut mengatakan rasa rindu mereka pada Jackie dan memuji beliau dan mendakwa bahawa bukan mudah untuk menjadi sebahagian daripada ahli pasukan itu.

 "Kalau kamu tidak setia, jangan harap abang (Jackie) akan benarkan kamu memasuki pasukan ini," kata Wang Yao.

 "Abang sangat baik, walaupun dia baru menempa nama dalam industri filem, dia akan bahagikan pendapatan sama rata dengan semua pasukan," kata Peng Geng pula.

 Bintang tersebut nampaknya terharu dengan video tersebut dan mengakui sudah lama tidak berjumpa dengan mereka, namun begitu dia amat terperanjat apabila berpusing ke belakang dan menyaksikan kesemua mereka ada dibelakangnya.

 Dia kemudiannya tidak dapat menyembunyikan rasa terharunya, mula mengalirkan air mata dan mula memeluk mereka satu-persatu.

 Momen tersebut turut membuatkan pengacara rancangan tersebut dan para penonton turut mengalirkan air mata.[SH]

No comments

Powered by Blogger.