Header Ads

#SENSASI PANAS ~ Adi Putra Tepis Dakwaan Bercerai Dengan Isteri Kedua

PADA Disember tahun lalu, pelakon Adi Putra menerima perkhabaran pahit apabila isteri keduanya iaitu Norshahida dikatakan mengalami keguguran setelah hamil selama lima minggu.

 Adi dan Norshahida berkahwin pada pertengahan tahun lalu.

 Kini tular pula khabar angin yang mengatakan Adi dan Norshahida telah berpisah.

 Namun khabar angin itu ditepis oleh Adi menerusi sebuah laman berita tempatan tentang hal berkaitan rumah tangganya itu.

FOTO PERNIKAHAN ADI PUTRA DAN NORSHAHIDA. 

Menurut Adi, 36, ketika ditemui oleh BH Online di lokasi penggambaran drama

Dia memberitahu hubungannya dengan kedua-dua isterinya iaitu Aida dan Norshahida masih lagi utuh.

 �Dalam dunia seni, bukan sesuatu yang mustahil adanya perasaan dengki dan fitnah. Cuma, macam mana kita hendak menghadapinya?

 Hubungan dengan isteri-isteri saya masih baik dan kami menjalani kehidupan seperti biasa,� katanya. Malah bintang Cinta Si Wedding Planner ini juga menegaskan bahawa sekiranya terdapat pergolakan di dalam rumah tangganya sekalipun ianya tidaklah sampai ke tahap perceraian dan Adi percaya komunikasi yang baik mampu mengelakkan sebarang masalah daripada bertambah buruk.

 �Komunikasi sangat penting dalam perhubungan dan sebagai isteri, mereka perlu tahu kepentingannya bagi mengelakkan sebarang masalah,� jelasnya. 

Pun begitu, Adi nampaknya tidak cepat melatah dengan gosip-gosip yang melanda dirinya.

Baginya sudah menjadi asam garam sebagai seorang selebriti dihujani telahan liar sebegitu.

 �Sebagai artis, orang nampak dan mengambil tahu mengenai diri saya.

Isteri saya bukan artis, jadi apabila dakwaan sebegini timbul, kesannya adalah pada diri saya,� ujarnya lagi. � MYNEWSHUB.CC

No comments

Powered by Blogger.