Header Ads

#HAJAT ~ Siti Nurhaliza 'Booking' Anak Hanis Zalikha Jadi Menantu

Penyanyi tersohor negara, Dato' Siti Nurhaliza dengan bersahaja telah mengaku anak kepada Hanis Zalikha dan Hairul Azreen iaitu Yusuf Iskandar adalah bakal menantunya.

 Menerusi akaun Instagram (IG) bayi Yusuf Iskandar itu kelihatan Siti Nurhaliza menurunkan komen seperti "Alolo handsomenya bakal menantu nih!"

Bakal menantu itu sudah tentu merujuk kepada putera sulung Hanis apabila Siti menerusi akaun @ctdk telah menulis komen tersebut di sekeping foto

Dalam foto tersebut Yusuf kelihatan comel tersenyum.

 Meskipun dilihat seperti bergurau, namun komen Siti itu menunjukkan dia seolah-olah sudah 'booking' Yusuf untuk jadi menantunya.

 Siti juga kelihatan seperti berharap dia akan hamil anak perempuan supaya penyanyi itu dan Hanis boleh berbesan di masa akan datang.

 Sama-samalah kita doakan moga Siti dikurniakan zuriatnya sendiri bersama suaminya, Datuk Sri Khalid Mohd Jiwa.[Astro Gempak]

No comments

Powered by Blogger.